FROZEN SHOULDER VS ADHESIVE CAPSULITIS?

PENGENALAN

Kebanyakkan orang dewasa (terutamanya Wanita) berumur lingkungan 40 ke 60 mengalami sakit bahu dan kekakuan yang disebabkan oleh keradangan ligamen/sendi atau adhesive capsulitis. Anda mungkin lebih biasa mendegar terma “frozen shoulder” bagi kondisi ini. Walaubagaimanapon, frozen shoulder dan adhesive capsulitis adalah dua keadaan yang berbeza.

ANATOMI

Struktur bahu terdiri dari 3 tulang : scapula (tulang berbentuk 3 segi di belakang bahu), humerus (tulang lengan) dan klavikel (tulang selangka). Kapsul sendi pula adalah kantung kedap air yang menutupi sendi dan cecair yang memandikan dan melincirkannya. Manakala dinding kapsul sendi terdiri daripada ligament. Ligament adalah tisu lembut penghubung yang melekatkan tulang kepada tulang. Kapsul sendi mempunyai sejumlah besar tisu kendur dan longgar, jadi pergerakkan bahu tidak terhad semasa ia bergerak melalui julat pergerakannya yang besar.


  

Istilah frozen shoulder dan adhesive capsulitis sering digunakan silih berganti. Dalam kata lain, dua terma ini menggambarkan keadaan bahu yang sama menyakitkan dan kaku tidak kira apa yang menyebabkannya. Cara yang lebih tepat untuk melihat perkara ini ialah merujuk kepada adhesive capsulitis sebenar (menjejaskan kapsul sendi) sebagai adhesive capsulitis primer.

Seperti sebutan Namanya, adhesive capsulitis melibatkan ligament yang meliputi bahu membentuk kapsul. Frozen shoulder kebiasaannya tidak melibatkan kapsul. Adhesive capsulitis sekunder (frozen shoulder sebenar) mungkin ada kapsul sendi yang berubah namun, kekakuan bahu datangnya dari sesuatu di luar sendi. Antara keadaan yang menyebabkan frozen shoulder adalah koyak rotator cuff (sekumpulan otot disekitar bahu), radang pada tendon biceps, keradangan sendi. Dalam kedua-dua keadaan, sendi kapsul yang biasanya longgar dan kendur, mengetat dan melekat sesama sendiri. Perkara ini menyebabkan bahu kehilangan kebolehan bergerak secara serius dan menyebabkan bahu membeku.

PUNCA

Punca bagi adhesive capsulitis primer atau sekunder (frozen shoulder) masih misteri. Antara faktor risiko adhesive capsulitis termasuklah diabetes (kencing manis), fungsi tiroid terjejas, atau penyakit autoimmune. Pesakit yang pernah mengalami serangan jantung, strok atau menerima rawatan kanser payudara juga merupakan golongan yang berisiko mendapat adhesive capsulitis. Namun, banyak pesakit yang mengalami adhesive capsulitis tanpa trauma, sejarah penyakit atau faktor risiko lain yang diketahui.

Dalam kes frozen shoulder pula, masalah datang dari luar Kawasan sendi. Antara penyebab frozen shoulder adalah koyak rotator cuff, sindrom tersepit, radang bursa, radang tendon bicep dan radang sendi (arthritis) 

Bagi kedua-dua jenis keadaan, tindak balas imun yang terlalu aktif atau tindak balas autoimun mungkin bersalah. Dalam reaksi autoimun, sistem pertahanan badan, yang pada kebiasaannya melindungi dari jangkitan, tersilap menyerang tisu dalam badan. Hal ini menyebabkan reaksi tindak balas radang yang sengit pada tisu yang diserang.  Tiada siapa mengetahui mengapa perkara ini berlaku secara tiba-tiba.

Sakit dan kekakuan bermula selepas kecederaan pada bahu, patah atau pembedahan. Ianya juga boleh berlaku apabila bahu tidak digunakan secara normal. Perkara ini berlaku apabila ada kepatahan dipergelangan tangan, dan seluruh lengan diletakkan dalam anduh dalam masa beberapa minggu. Atas sebab tertentu, Tindakan tidak menggerakkan sendi selepas kecederaan mencetuskan tindak balas autoimun pada sesetengah orang.

Doktor juga berteori kondisi penyakit yang tidak diketahui boleh menjadi punca keradangan kronik dan sakit serta membuatkan anda kurang menggunakan bahu. Kondisi ini membawa kepada adhesive capsulitis. Dengan kondisi adhesive capsulitis primer, rawatan kepada faktor risiko serta kondisi perubatan yang tidak diketahui mungkin diperlukan sebelum kerja merawat tisu disekeliling bahu dimulakan.  Bagi frozen shoulder pula, adalah perlu merawat bahu dahulu bagi mendapatkan semula pergerakan sebelum masalah musculoskeletal yang mendasari dapat ditangani.

GEJALA

Gejala bagi adhesive capsulitis dan frozen shoulder yang utama adalah sakit dan kekakuan, menyebabkan kurang julat pergerakan pada bahu. Keketatan pada otot sekitar bahu menyukarkan pergerakan dalam melakukan aktiviti biasa seperti memakai baju, menyikat rambut atau mencapai alat dihujung meja.

DIAGNOSIS

Cara adhesive capsulitis di diagnos berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Kunci utama membezakan adhesive capsulitis dari frozen shoulder adalah cara pergerakan bahu bergerak. Jika adhesive capsulitis, pergerakan bahu adalah sama jika pesakit atau doktor cuba menggerakkan tangan yang terlibat. Jika frozen shoulder, tidak kira keradangan tendon atau koyak rotator cuff, pesakit tidak dapat menggerakkan lengan secara normal atau memenuhi julat pergerakkan. Namun, apabila doktor menggerakkan lengan tersebut, ianya dapat digerakkan hampir memenuhi julat pergerakkan normal sendi terlibat.


Xray sahaja tidak membantu. Arthrogram mungkin menunjukkan kapsul bahu mengalami parut dan mengetat. Prosedur arthrogram adalah, menyuntik pewarna kedalam sendi bahu dan beberapa xray akan diambil. Jika adhesive capsulitis, sangat sedikit pewarna yang dapat disuntik kedalam sendi bahu kerana kapsul sendi melekat antara satu sama lain, menyebabkan Kawasan sendi tersebut lebih sempit dari biasa. Hasil xray yang diambil menunjukkan kurang pewarna didalam sendi bahu. 


Apabila kebolehan menggerakkan bahu bertambah, doktor mungkin menyarankan ujian tambahan bagi membezakan antara adhesive capsulitis atau frozen shoulder. Ujian imbasan MRI (magnetic resonance imaging) mungkin akan dilakukan. Ujian ini mengambil gambar bahu pesakit lapisan demi lapisan, boleh melihat tendon, tisu lembut lain serta tulang.

Penilaian yang terakhir dan lebih tepat adalah prosedur atroskopik. Prosedur ini adalah mengambil sampel tisu disekitar bahu untuk dikaji di bawah microskop, bagi mengetahui di tahap mana keadaan penyakit ini.


 PERINGKAT

4 peringkat utama adhesive capsulitis dikenalpasti melalui prosedur atroskopik pengambilan tisu. Gejala yang hadir pada bila-bila masa biasanya sepadan dengan tahap yang anda alami

Peringkat pertama

- kesakitan menghalang pergerakan aktif bahu, tetapi boleh memenuhi julat pergerakan penuh melalui pergerakan pasif

-perubahan keradangan  di sinovium tetapi tisu kapsul masih normal

Peringkat kedua (freezing stage)

- kesakitan disertakan dengan kekakuan dan pesakit mula kehilangan julat pergerakan pasif bahu, terutama meletakkan bahu dibelakang kepala.

-rotator cuff masih kuat.

-berbeza dengan frozen shoulder, rotator cuff mengalami kecederaan dan kehilangan pergerakan meletakkan tangan dibelakang badan

- kesakitan diperingkat ini lebih teruk pada waktu malam. Perubahan selular terus berkembang dengan peningkatan peredaran darah kepada sinovium.

-terdapat petanda awal parut pada kapsul kesan daripada keradangan dan proses pemulihan

Peringkat ketiga (frozen stage)

- kurang sakit ( kebanyakkan nya di hujung julat pergerakan), lebih kepada kekakuan

-kehilangan penuh julat pergerakan aktif dan pasif bahu

- sangat kurang keradangan yang dapat dikesan pada sampel tisu dibawah mikroskop, sebaliknya tisu parut lebih kelihatan

Peringkat keempat

- tiada kesakitan tetapi kekakuan yang mendalam dan kehilangan julat pergerakan. Kedua gejala ini akan beransur pulih.

-tubuh badan tidak lagi memperbaiki dan membetulkan tisu sekitar bahu

- kehadiran tisu parut yang mencukupi, menyukarkan pakar bedah bagi melihat kawasan sendi ketika prosedur atroskopik

RAWATAN

Rawatan berdasarkan keadaan yang berlaku, segala faktor risiko yang kelihatan dan peringkat masa sewaktu di diagnos. Tiada satu rawatan terbaik yang diketahui untuk adhesive capsulitis. Kajian yang dilakukan setakat ini, tidak dapat mencapai satu set garis panduan rawatan berasaskan bukti tunggal untuk masalah ini.

RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN

 Rawatan bagi adhesive capsulitive boleh menjadi sangat perlahan dan mengecewakan. Kebanyakkan kes akan beransur pulih, namun begitu, proses mengambil masa mungkin berbulan. Tujuan utama rawatan awal adalah mengurangkan keradangan dan meningkatkan julat pergerakkan bahu. Doktor anda mungkin mencadangkan ubat anti radang seperti aspirin dan ibuprofen.

Bagi peringkat awal, doktor mungkin mencadangkan suntikan kortison dan ubat bius tahan lama seperti lidocaine, bagi mengawal radang. Kortison merupakan steroid yang sangat berkesan mengurangkan radang. Mengawal keradangan mengurangkan sakit dan membolehkan program regangan menjadi lebih berkesan.

Rawatan terapi fizikal atau cara kerja merupakan bahagian yang sangat kritikal dan proses pemulihan dan baikpulih. Dua tujuan utama adalah mengurangkan sakit dan mengganggu kitaran keradangan. Rawatan pula lebih menjurus kepada melembutkan otot bagi membolehkan pesakit mendapatkan julat pergerakan serta fungsi bahu. Hal ini dapat dilakukan dengan bantuan alatan seperti stimulasi elektrik, mobilisasi sendi, tuaman sejuk dan iontophoresis. Ionthophoresis merupakan suntikan ubat melalui kulit terus kepada kawasan tisu yang radang.

Fisioterapis menggunakan tuaman panas dan teknik manual (menggunakan tangan) bagi meregangkan kapsul sendi dan tisu otot di sekitar bahu. Dalam sesetengah kes, suntikan kortison sebelum sesi regangan boleh membantu. Perkara ini dapat membantu terapis memecahkan lekatan pada kapsul sendi secara manual sementara bahu masih kebas kesan dari suntikan. Pesakit juga akan diberikan senaman dan regangan untuk dilakukan dirumah. Pesakit mungkin memerlukan rawatan selama 3 ke 4 bulan bagi mendapatkan fungsi dan pergerakan bahu semula.

Bagi peringkat kedua, terapis akan bekerja dengan kapsul yang ketat dan lekat. Teknik mobilisasi sendi akan digunakan bagi menggerakkan sendi dan menghalang tisu parut membentuk. Memastikan pergerakan penuh bahu dan skapula adalah keutamaan. Teknik regangan istimewa digunakan bagi menghalang kesakitan yang boleh menyebabkan otot sekitar bahu lebih mengetat.

Rawatan fisioterapi melalui fasa ketiga dan keempat diteruskan dengan rawatan yang sama seperti fasa 1 dan fasa 2 tetapi dengan tambahan senaman kekuatan.

Semoga perkongsian ini lebih memberikan pencerahan bagi anda menilai punca serta masalah, serta membantu anda bagi mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN