PUASA DAN SENAMAN

 Bulan Ramadhan merupakan bulan puasa bagi umat islam, menahan diri dari makan dan minum dari terbit hingga terbenam matahari, setiap hari selama sebulan. Bulan ini merupakan bulan yang sangat sibuk bagi umat islam untuk rutin harian, beserta waktu solat dan juga berlumba-lumba mengejar fadhilat bulan Ramadhan. Walaupon begitu, kesihatan tubuh badan juga keperluan bagi kita untuk sentiasa sihat bagi mengerjakan amal ibadat. Bersenam atau aktiviti fizikal merupakan salah satu cara memastikan tubuh badan kekal sihat. Bagaimana pula waktu berpuasa?

Senaman merupakan komponen penting bagi gaya hidup sihat. Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu mengawal berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetis (kencing manis), serta menguatkan tulang dan otot.

Kadangkala, walaubagaimanapon, anda mungkin perlu melakukan senaman dengan berhati-hati. Terutamanya Ketika berpuasa.

Adakah selamat untuk bersenam Ketika berpuasa?

Secara umumnya, adalah tidak mengapa untuk melakukan senaman jika anda berpuasa. Lebih-lebih lagi jika anda sihat dan bebas masalah kesihatan. Bagi golongan yang tertentu perlu berhati-hati.

Bagi pesakit arteri koronari (kondisi dimana arteri bergelut menghantar darah, oksigen dan nutrisi kepada jantung), dan juga pesakit darah tinggi, serta pesakit diabetes merupakan golongan yang perlu langkah berjaga-jaga.

Pesakit arteri koronari mudah terdedah dengan serangan jantung apabila kadar degupan jantung meningkat, mereka perlu memerhati tahap intensiti senaman. Berpuasa boleh membuatkan aktiviti fizikal biasa rasa lebih berat, maka ini akan meletakkan pesakit golongan ini berisiko tinggi mendapat serangan jantung berbanding apabila tidak berpuasa.

Golongan Diabetes Jenis 2 yang makan ubat bagi menaikkan paras insulin atau menurunkan tahap gula dalam darah, atau golongan diabetes Jenis 1 yang mengambil suntikan insulin, mereka ini lebih berisiko mengalami penurunan tahap gula dalam darah terlalu rendah jika tidak makan dalam jangka masa yang lama. Kondisi ini dipanggil hypoglysemia, gejalanya adalah seperti menggeletar, berpeluh, keliru, jantung berdegup laju, mual dan pening kepala. Bersenam dan berpuasa bagi golongan ini mungkin menyebabkan hypoglysemia semakin teruk.

Sementara itu, bagi golongan yang mengambil ubat darah tinggi seperti beta-blockers mungkin mengalami kesukaran menaikkan kadar degupan jantung, tidak kira betapa kuatnya mereka bersenam. Pesakit golongan ini, mudah mengalami pening kepala jika kurang minum air.

Jika anda tergolong dari golongan yang disebut dalam perenggan di atas, adalah lebih penting untuk anda bertanya kepada doktor and acara bagaimana untuk anda bersenam dengan lebih selamat pada bulan Ramadhan ini. Selain itu, bagi yang berpuasa dan merancang untuk bersenam, penting untuk anda ingat senama yang rendah intensity dan waktu yang singkat adalah lebih bagus berbanding tinggi intensiti dan jangka masa yang lama. 

TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

Jika anda berhasrat untuk kekal aktif dan bersenam di bulan ramadhan, disini kami kongsikan beberapa tips yang selamat dan selesa.

  • Perhatikan intensiti senaman. Bagi menjimatkan tenaga, kekalkan pilihan senaman yang intensiti rendah Ketika berpuasa, terutamanya jika anda bersenam Ketika awal waktu atau pertengahan puasa. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 20minit untuk bersenam, anda boleh memilih senaman yang intensity tinggi. Manfaat nya akan sama dengan senaman rendah intensity tetapi jangka masa senaman yang lama.
  • Senaman yang sekejap. Senaman intensity rendah untuk jangka masa Panjang adalah sama dengan senaman intensity tinggi untuk jangka masa pendek. Maksudnya, berjalan kaki untuk 3 jam Ketika berpuasa mungkin bukan idea yang baik, walaupon senaman itu rendah intensitinya. Jika kebiasaannya anda bersenam 30 minit ke satu jam, kekalkan waktu senaman sebegitu Ketika berpuasa.
  • Kekal hidrasi. Pastikan anda minum air yang cukup selepas waktu berbuka. Warna air kencing anda dapat menilai tahap hidrasi anda. Semakin pekat warna, bermaksud anda kekurangan air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Dengar Bahasa tubuh anda jika anda terlebih melakukan senaman. Beri perhatian pada petanda yang tubuh anda beri. Berhenti senaman jika anda berasa mual, pening atau sakit kepala. 

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat mengekalkan gaya hidup sihat anda, walaupon berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa 😊

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS