SCOLIOSIS
Scoliosis merupakan
lengkungan tulang belakang ke sisi. Setiap orang mempunyai lengkungan yang
normal pada tulang belakang, dan apabila dilihat dari arah belakang, tulang ini
kelihatan lurus. Namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai scoliosis
mempunya lengkungan tulang belakang yang tidak normal berbentuk seperti S atau
C. lengkungan ini boleh berlaku dari mana-mana sisi, dan mana-mana struktur
tulang belakang. Punca kepada scoliosis ini masih tidak dapat dikenal pasti.
Doktor mendiagnosis
scoliosis dengan cara memeriksa anak anda dan mengambil xray. Perkara ini
membantu doktor merangka plan rawatan, bergantung kepada lokasi dan tahap
serius lengkungan. Kanak-kanak atau remaja dengan lengkungan yang sederhana
mungkin cuma memerlukan lawatan secara berkala ke klinik untuk diperiksa. Bagi
kes yang lebih serius mungkin memerlukan pendakap atau pembedahan.
Dengan rawatan,
pemerhatian dan lawatan berkala bersama doktor, kebanyakkan kanak- kanak dan
remaja mempunyai scoliosis menjalani kehidupan aktif dan normal.
GEJALA SCOLIOSIS
Antara gejala scoliosis yang dapat
dikenal pasti ialah:
·
Paras bahu yang tidak
sama
·
Tulang scapula (tulang
belikat) yang lebih timbul dari yang sebelah
·
Paras pinggang yang
tidak sama
·
Parang pinggul yang
tinggi sebelah
·
Tulang rusuk lebih
timbul dari yang sebelah
·
Apabila bongkok
kehadapan, sebelah badan kelihatan lebih tinggi
Kebanyakkan kes scoliosis, ada
tulang belakang yang akan berpusing seakan berpintal apabila melengkung dari
sisi ke sisi. Hal ini menyebabkan tulang rusuk atau otot di sebelah badan
kelihatan lebih terkeluar dari bahagian badan yang lainnya.
BILA WAKTU SESUAI BERTEMU DOKTOR?
Anda
boleh membawa anak anda berjumpa dengan doktor jika anda sudah mula perasan
akan lengkungan di badan anak. Lengkungan sederhana boleh terbentuk dengan atau
tanpa anda sedari kerana ianya proses yang berterusan dan tidak meyakitkan
sehinggalah lengkungan menjadi serius.
SIAPAKAH YANG MENDAPAT SCOLIOSIS?
Sesiapa
Sahaja boleh mendapat scoliosis. Walaubagaimanapun, idiopatik scoliosis
merupakan jenis biasa, yang selalu berlaku dikalangan kanak-kanak berusia 11
tahun keatas. Perempuan lebih cenderung dari lelaki bagi kes scoliosis ini.
Anda akan lebih berisiko mendapat scoliosis jika ibu bapa, abang atau kakak
mempunyainya juga.
PUNCA SCOLIOSIS
Dalam
sesetengah kes, sekali lagi puncanya adalah idiopatik (tidak diketahui).
Penyelidik meneruskan pengajian bagi punca yang mungkin menyebabkan idiopatik
scoliosis dan mereka merasakan beberapa faktor kombinasi yang membawa kepada
gangguan ini. Kombinasi ini termasuklah:
·
Genetic
·
Hormon
·
Perubahan dalam
struktur sel
Bagi
sesetengah kanak-kanak, scoliosis boleh berlaku apabila penyakit atau gangguan
atau trauma yang menyebabkan lengkungan berlaku pada tulang belakang. Antaranya
ialah:
·
Faktor kongenital yang
berlaku ketika pembentukan pada tulang belakang sewaktu bayi masih didalam
Rahim
·
Penyakit
keturunan/genetik yang berlaku ketika perubahan dari satu gene ke gene yang
lain
·
Kecederaan pada tulang
belakang
·
Penyakit neuromuscular
dimana ianya mempengaruhi saraf yang berhubung dengan otot, menyebabkan otot
lemah dan mengecut
·
Ketumbuhan juga boleh
menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang
KOMPLIKASI
Walaupun
kebanyakan orang dengan scoliosis mempunyai bentuk gangguan yang ringan,
scoliosis kadangkala boleh menyebabkan komplikasi, antaranya:
·
Masalah pernafasan.
Dalam kes scoliosis yang teruk, tulang rusuk akan menekan pada paru-paru.
Menyebabkan pesakit susah bernafas.
·
Masalah sakit belakang.
Pesakit yang mempunyai scoliosis sejak zaman kanak-kanak akan lebih cenderung
mempunyai sakit pinggang kronik apabila dewasa, terutamanya yang mempunyai
lengkungan yang besar dan tidak dirawat.
·
Penampilan. Apabila
scoliosis semakin teruk, hal ini membuatkan ianya lebih kelihatan ketara –
dimana pinggul dan bahu yang tidak sama, tulang rusuk yang timbul sebelah,
peralihan pinggang dan tubuh badan kea rah sisi. Pesakit yang mempunyai
scoliosis selalunya akan menjadi lebih sensitive dengan penampilan dirinya.
PERANAN FISIOTERAPI
Fisioterapi mempunyai tiga tugasan
penting iaitu memberitahu, menasihati dan memberi arahan tentang:
l Kepentingan melakukan senaman yang betul
l Memberi informasi kepada pesakit atau penjaga
berkenaan anak jagaan tentang keadaan pesakit
l Sesetengah fisioterapis mungkin mencadangkan pendakap
(brace), bagi menghalang scoliosis menjadi lebih teruk. Sebagai contoh
“MILWAUKEE BRACE”. Namun begitu, bukti pemakaian pendakap sangat kontroversi.
l Nyatakan
beberapa bukti yang senaman mempunyai manfaat kepada pesakit yang mempunyai
idiopatik scoliosis
RAWATAN
KONSERVATIF OLEH FISIOTERAPI
l Senaman fizikal ; senaman regangan serta senaman
kekuatan
l Pendakap
l Manipulasi
l Stimulasi elektrik ; bagi mengurangkan kesakitan.
l Insoles ( penambahan ketinggian dalam kasut)
Dengan perkongsian ini kami berharap dapat membantu jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah ini. Segeralah dapatkan rawatan yang diperlukan sebelum menjadi lebih teruk 💪
Comments
Post a Comment