APA PUNCA SAKIT LEHER?

PUNCA PUNCA SAKIT LEHER


 

            Terdapat pelbagai punca kepada sakit leher. Adapun begitu, doktor juga tidak selalu dapat mencari punca yang tepat pagi setiap masalah pesakit. Walaubagaimanapun, doktor akan bertungkus lumus memastikan setiap simptom yang pesakit ada bukanlah berasal dari penyakit-penyakit yang serious seperti kanser atau jangkitan kuman kepada tulang belakang. Pembacaan seterusnya akan membawa anda kepada pendedahan antara punca - punca utama penyebab sakit dibahagian leher.

 

SPONDYLOSIS (DEGENERATIVE DISC DISEASE)

            Kebanyakkan sakit dibahgian leher terjadi kesan kepada penggunaan dan kecedaraan harian di bahagian tulang belakang bahagian leher atau cervikal spine. Dipermulaan, kecederaan kecil tidak menyakitkan, akan tetapi bila berlarutan sakit akan bertambah. Lama kelamaan kecederaan ini menyebabkan kesakitan dibahagian leher

            Spondylosis merupakan perubahan degeneratif pada struktur tulang belakang. Spondylosis ini melibatkan tulang dan tisu lembut. Adalah penting untuk anda tahu bahawa masalah ini adalah sebahagian perkara biasa dari penuaan.

            Proses penuaan yang biasa melibatkan cakera intervertebral. Tekanan dan ketegangan berulang kepada cakera menyebabkan tisu penghubung menjadi lemah. Semakin lama, nucleus yang berada di tengah cakera menjadi kering. Apabila perkara ini berlaku, kebolehan menyerap hentakan dari cakera akan berkurangan. Bahagian luar cakera iaitu ‘annulus’ juga akan menjadi lemah dan menyebabkan ada koyakan kecil.

 

            Selalunya perubahan ini tidak menyakitkan, akan tetapi semakin besar koyakan pada struktur annulus boleh mendatangkan kesakitan kepada leher. Tubuh badan kita akan cuba merawat kecederaan menggantikannya dengan tisu parut. Pun begitu, tisu parut tidak sekuat tisu yang digantinya. Sampai pada satu tahap, cakera akan hilang upaya untuk meyerap hentakan bagi tulang belakang. Maka, daya graviti dan pergerakkan harian akan lebih membebankan cakera dan struktur tulang belakang.

            Apabila struktur cakera semakin merosot, ruang diantara vertebra menjadi semakin sempit. Keadaan ini menekan kepada sendi faset di sepanjang tulang belakang, tekanan berlebihan menyebabkan perubahan pada permukaan artikular pada sendi faset. Tekanan yang berlebihan ini juga akan mendatangkan kerosakkan kepada sendi faset, yang akan datang membawa kepada radang sendi faset.

            Perubahan degeneratif pada cakera, sendi faset dan ligamen menyebabkan kelonggaran dan ketidakstabilan kepada lajur tulang belakang. Pergerakkan berlebihan juga boleh menyebabkan lebih kecederaan pada tulang belakang serta lebih besar koyakkan kepada annulus.

Nucleus yang berada ditengah cakera akan menolak keluar dari lapisan annulus yang lemah dan terkoyak lalu masuk kepada ruang saraf tunjang. Keadaan ini membawa kepada hernia cakera (herniated disc) atau cakera pecah (ruptured disc). Isi kandungan yang terdapat didalam cakera keluar lalu menekan kepada saraf, selain itu bahan ini juga mengeluarkan enzim dan kimia yang menyebabkan keradangan. Kombinasi tekanan kepada saraf serta radang dari bahan kimia yang dikeluarkan cakera menyebabkan sakit

            Keadaan degeneratif ini berlarutan akan menyebabkan taji (bone spurs) kepada vertebra dan cakera. Taji ini akan mendatangkan tekanan kepada saraf tulang belakang yang melalui neural foramina. Tekanan ini akan mengacau akar saraf dan menghasilkan rasa sakit, kebas, dan lemah di kawasan leher, tangan dan tangan.


 KETEGANGAN OTOT

            Pesakit yang mempunyai sedikit kesakitan pada leher atau kekerasan selalunya akan memberitahu mereka merasakan ketegangan otot. Walaubagaimanapun, tanpa kecederaan yang teruk kepada leher, otot anda mungkin belum tertarik atau tercedera. Kemungkinan besar masalah sakit leher anda datang daripada tisu ditulang belakang seperti cakera atau ligament. Apabila ini berlaku, otot sekeliling leher boleh kejang untuk melindungi kawasan yang cedera.

SAKIT LEHER MEKANIKAL

          Sakit leher mekanikal adalah kesan pemakaian dan kecederaan pada bahagian leher. Sebagaimana sesuatu mesin boleh rosak sepanjang penggunaan, begitulah yang terjadi kepada bahagian leher. Kesakitan ini selalunya bermula dari perubahan degeneratif pada cakera. Apabila cakera mula rosak, jarak diantara vertebra mula sempit, sendi faset pula menjadi radang. Sakit ini menjadi sakit kronik. Kesakitan yang kronik membawa kepada maksud sakit yang berpanjangan lebih dari 6 bulan. Sakit leher mekanikal selalu nya bermula dibahagian leher, merebak kepada bahagian atas bahu dan kebahagian tepi bahu. Kesakitan ini selalunya tidak menyebabkan kelemahan dan kekebasan di lengan dan tangan kerana bukan berasal dari tekanan kepada saraf tunjang.

RADIKULOPATI ( SARAF TERHIMPIT )

            Tekanan atau keregsaan pada saraf dibahagian tulang leher atau cervical mengganggu pengaliran informasi saraf. Masalah ini boleh dirasai dengan wujudnya kebas pada kulit, lemah pada otot, atau sakit disepanjang bahagian yang disalurkan oleh saraf tersebut. Pelbagai keadaan boleh menyebabkan radikulopati. Antara yang paling biasa adalah degenaratif, hernia cakera dan ketidakstabilan pada tulang belakang.

l  Degenerasi : akibat penuaan, pelbagai perubahan turut berlaku kepada tulang dan tisu lembut. Cakera kehilangan kandungan air dan mula merosot, menyebabkan jarak antara vertebra semakin sempit. Tekanan yang berlebihan menyebabkan kerengsaan dan radang kepada sendi faset dan meybabkan mereka melebar. Apabila sendi melebar,ianya akan menekan saraf ke tangan apabila melalui neural foramina. Proses degeneratif ini juga boleh menyebabkan taji (tulang terlebih) kepada tulang. Taji ini boleh juga menyebabkan tekanan pada saraf dan memberikan simptom radikulopati.

l  Cakera Hernia : perbuatan mengangkat benda berat, membongkok berulang kali, memusing dan mengangkat boleh memberikan tekanan yang berlebihan pada cakera. Jika perbuatan ini berlebihan dan berterusan berlaku, boleh mencederakan annulus. Koyakkan pada annulus, nucleus akan terkeluar daripada cakera. Keadaan ini dipanggil hernia. Bahan dari cakera hernia boleh menekan pada akar saraf dan menyebabkan sakit, kebas dan kelemahan dikawasan saraf itu disalurkan. Sekali lagi keadaan ini lah yang dipanggil radikulopati. Jika nucleus terkeluar sepenuhnya dari annulus, ianya akan menekan kepada saraf tunjang. Hal ini akan menyebabkan masalah yang lebih serius kerana melibatkan saraf dan saraf tunjang, keadaan ini dipanggil cervical myelopati.

l  Ketidakstabilan tulang belakang : keadaan ini bermaksud berlaku pergerakan berlebihan pada tulang di lajur tulang belakang. Perkara ini berlaku apabila ligamen sokongan terlebih diregangkan atau terkoyak hasil dari kecederaan teruk pada leher atau kepala. Pesakit yang mempunyai masalah penyakit yang menyebabkan kelonggaran pada tisu penghubung juga boleh mengalami ketidakstabilan pada lajur tulang belakang. Ketidakstabilan juga merujuk kepada keadaan dimana satu vertebra teralih kehadapan sedikit dari vertebra yang diatas dan dibawahnya. Apabila vertebra ini teralih lebih banyak kehadapan, kondisi ini dinamakan ‘spondilolistesis’. apa pon punca nya, pergerakan yang berlebihan pada vertebra boleh merengsakan atau meletakkan lebih tekanan pada saraf dileher dan mendatangkan simptom.

 


SPINAL STENOSIS (CERVICAL MYELOPATI)




             Stenosis membawa maksud tertutup. Spinal stenosis pula membawa maksud saraf tunjang tertutup atau tertekan didalam terowong tulang belakang. Bagaimanapun, stenosis boleh berlaku kepada pelbagai lapisan umur yang mempunyai masalah cakera hernia yang menekan kepada terowong tulang belakang. Jika kawasan saraf terhimpit ini dibahagian leher, doktor melabel keadaan ini sebagai cervical myelopati. Keadaan ini merupakan petanda amaran yang memerlukan rawatan perubatan segera. Cervical myelopati boleh menyebabkan anda mengalami masalah dengan saluran air besar dan air kecil , mengubah cara jalan dan menganggu kebolehan menggunakan jari dan tangan anda.

 SIMPTOM SAKIT LEHER

            Pelbagai simptom boleh dirasai bergantung kepada keadaan dan dibahagian struktur leher mana yang terlibat. Antara simptom yang biasa dirasai pesakit yang mempunyai masalah leher adalah:

l  Sakit dibahagian leher

l  Sakit kepala

l  Sakit yang merebak kepada sebelah atas bahu dan turun ke tangan

l  Ketat dibahagian leher serta kurang julat pergerakan

l  Lemah otot pada bahu, lengan atau tangan

l  Perubahan deria (kebas, mencucuk, kesemutan) di kawasan lengan, tangan atau jari

Anda mengalami masalah-masalah yang dieterangkan diatas? jangan tunggu lebih lama bagi mendapatkan rawatan. kerana anda mungkin menyebabkan masalah anda bertambah rumit dan proses pemulihan menjadi lebih panjang, segera dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Terima Kasih dan jumpa di post yang lain 😀

 


Comments

Popular posts from this blog

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN