ADAKAH CUKUP PENGAMBILAN AIR SEHARIAN ANDA?
Tahukah anda air merupakan
bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen? Malah, lebih 60
peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai
pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Namun sebahagian besar daripada kita lebih gemar mengambil minuman bergula yang berkalori tinggi, serta tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian.
Secara purata, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan tubuh badan.
Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat.
KEPENTINGAN MINUM AIR SECUKUPNYA
1. Membekalkan Tenaga Sepanjang Hari
Aktviti harian sepeerti berjalan, bersenam dan berpeluh disebabkan cuaca dan sebaigainya, menjadi faktor tubuh kita kehilangan banyak cecair. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak mencukupi, ia boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal anda.
Oleh itu, meminum 6 hingga 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan dapat membantu tubuh anda berfungsi pada tahap yang optimum. Sekiranya anda bekerja diluar pejabat seperti bidang keselamatan dan pembinaan, jumlah tersebut perlu ditambah. Selain itu, individu yang aktif bersukan juga perlu meningkatkan pengambilan air bagi mengelak dehidrasi dan supaya tubuh badan sentiasa dalam keadaan hidrat.
2. Memperbaiki Sistem Pencernaaan
3. Mengoptimum Tahap Kesihatan Tubuh Badan
Khasiat air bukan sekadar mebersihkan tubuh sahaja malah ia terdapat zat yang penting untuk keseluruhan fungsi tubuh badan kita. Minum air secukupnya dapat melambatkan sel kanser serta membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Adakah anda sering megalami kekejangan otot ketika tidur atau ketika melakukan sebarang aktiviti? Tahukah anda kurang pengambilan air adalah puncanya. Hal ini adalah kerana, air berfungsi dalam membantu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen. Hal ini dapat diatasi dengan minum air secukupnya.
Kita boleh kekal hidup tanpa makanan untuk beberapa hari tetapi tubuh kita tidak dapat bertahan lama tanpa minum air.
4. Mudah Menurunkan Berat Badan
Tahukah anda, minum air kosong secukupnya juga mampu mempercepatkan proses penurunan berat badan? Air bantu meningkatkan kadar metabolisma badan yang berguna untuk membakar kalori. Selain itu, air juga merupakan cecair mengandungi ‘zero’ kalori berbanding air bergula yang tinggi kalori.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan. Kuantiti yang ideal adalah sebanyak 1 liter air bagi setiap 25 kilogram. Jadi, jika berat anda adalah 65 kilogram, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.7 liter air sehari.
Selain itu, peningkatan kuantiti air dalam badan mampu membantu melembabkan kulit dan mengatasi masalah jerawat kerana tahap toksin yang rendah. Tahukah anda jerawat yang timbul adalah disebabkan liang pori pada wajah tersumbat kerana dilitupi oleh toksin yang tidak dapat keluar dari badan dengan baik. Kurangnya penghidratan juga akan menjadikan kulit anda kering dan ketat serta mempercepatkan proses penuan. Jadi minumlah air secukupnya untuk kulit yang lebih halus, anjal, licin dan awet muda.
Stigma orang ramai bahawa pengambilan air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan. Itu tidak tepat sama sekali. Sebaliknya yang tepat adalah minum air yang mencukupi mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Anda harus tahu bahawa pengambilan air secara berlebihan daripada keperluan badan juga boleh mendatangkan risiko. Ia berupaya meningkatkan jumlah isipadu darah anda.
Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Buah pinggang pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Jadi minumlah air secukupnya mengikut apa yang disarankan.
Comments
Post a Comment