PLANTAR FASCIITIS

Rasa sakit, bengkak dan kekakuan di sebelah atau kedua belah tumit kaki boleh berlaku kerana plantar fasciitis. Ini berlaku kerana ligament yang radang. Kondisi ini boleh dirawat dirumah dengan menggunakan ais, rehat dan menggunakan sokongan dari brace dan ubat tahan sakit dari farmasi. Jika keadaan anda tidak berubah doktor mungkin mencadangkan alternatif lain.

Bergantung kepada tahap keradangan, anda mungkin jumpa solusi keadaan ini dengan rawatan konservatif, namun begitu dalam kes yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan. Dalam artikel ini, kita akan memahami apa itu plantar fasciitis, tanda dan gejala, punca dan juga pilihan rawatan yang bersesuaian serta jangka masa pemulihan.

APA ITU PLANTAR FASCIITIS?

Plantar fasciitis punca sakit dibawah tumit kaki. Plantar fascia adalah ligament yang tebal dan berbentuk seperti sawang yang menghubungkan tumit dan bahagian hadapan kaki. Ianya bertindak sebagai penyerap hentakan dan menyokong lengkungan kaki, serta membantu untuk berjalan.

Plantar fasciitis merupakan salah satu punca biasa pesakit yang hadir ke klinik ortopedik. Ligament bahagian ini mengalami banyak penggunaan dan kecederaan dari kehidupan seharian kita. Terlalu banyak tekanan di bahagian kaki boleh merosakkan atau menyebabkan koyakan pada ligament. Plantar fascia menjadi radang, keradangan ini menyebabkan sakit dibahagian tumit dan kekakuan di sendi pergelangan kaki.

TANDA DAN GEJALA PLANTAR FASCIITIS

Selalunya pesakit yang mengalami masalah ini akan mengadu sakit di bahagian tumit atau kadangkala dibahagian tengah tapak kaki. Kebiasaannya plantar fasciitis menjejaskan satu kaki, akan tetapi ianya juga boleh berlaku kepada kedua-dua belah kaki.

Kesakitan ini berlaku dari masa ke semasa. Sakit boleh jadi lenguh atau tajam. Sesetengah pesakit merasai seperti terbakar atau berdenyut ditelapak kaki dan menjalar keluar dari tumit kaki. Keadaan ini paling teruk dirasai pada waktu pagi Ketika pertama kali berjalan turun dari katil, atau anda mula bergerak semula sesudah duduk atau baring dalam masa yang lama. Pesakit juga boleh mengalami kepayahan menaikki tangga kerana kekakuan pada tumit kaki. Selepas aktiviti yang berpanjangan, tahap sakit akan bertambah kerana iritasi dan keradangan yang bertambah. Pesakit yang mengalami plantar fasciitis tidak merasai kesakitan Ketika melakukan aktiviti, sebaliknya selepas berhenti melakukan aktiviti.

PUNCA PLANTAR FASCIITIS DAN GOLONGAN YANG LEBIH CENDERUNG

Plantar fasciitis tidak selalunya disebabkan oleh taji tumit (heel spurs). Doktor selalunya percaya bahawa taji tumit menyebabkan sakit bagi pesakit plantar fasciitis. Keadaan ini berlaku disebabkan terlebih regangan atau terlebih guna bahagian ligament telapak kaki. Koyakan kecil pada tisu fascia juga boleh menyebabkan sakit. Struktur posture kaki anda juga boleh menyebabkan anda mengalami plantar fasciitis

Lelaki dan Wanita yang aktif berusia lingkungan antara 40 dan 70 tahun adalah berisiko tinggi mendapat plantar fasciitis. Keadaan ini lebih cenderung kepada Wanita berbanding lelaki. Khususnya Wanita yang hamil, terutamanya di akhir fasa kehamilan.

FAKTOR DAN RISIKO BERLAKUNYA PLANTAR FASCIITIS

Antaranya ialah :

  • Berat berlebihan atau obesity. Hal ini kerana tekanan berlebihan pada plantar fascia ligament, terutamanya apabila berat badan bertambah secara mendadak.
  • Pelari lumba jarak jauh
  • Pekerjaan yang aktif yang selalu berdiri, seperti bekerja didalam kilang atau pelayan restoran.
  • Struktur kaki yang bermasalah, lengkungan kaki yang tinggi atau tapak kaki yang rata
  • Ketat pada bahagian tendon achilles, tendon yang menghubungkan otot betis kepada tumit
  • Memakai kasut yang tapak lembut atau tiada sokongan bahagian lengkungan.

BAGAIMANA PLANTAR FASCIITIS DIKESAN?

Doktor akan melakukan penilaian fizikal untuk mencari bahagian yang sakit di bahagian tapak kaki, dan menentukan bahagian paling tepat. Ini bagi memastikan sakit yang ada bukan dari masalah kaki yang berlainan. Ketika penilaian, mereka mungkin meminta anda menggerakkan tapak kaki keatas dan mereka menolak pada bahagian plantar fascia untuk melihat adakah sakit bertambah dan berkurangan apabila tapak kaki Kembali ke posisi asal. Doktor juga akan menilai jika ada kemerehan atau bengkak. Penilaian kekuatan otot serta tahap kesihatan saraf juga akan dilakukan dengan menilai:

  • Refleks
  • Otot
  • Tahap rasa dan sentuhan
  • Koordinasi
  • Keseimbangan

BAGAIMANAKAH PLANTAR FASCIITIS DIRAWAT?

Rawatan dirumah yang boleh dilakukan adalah rehat, ais dan menggunakan sokongan brace serta ubat anti radang adalah jalan pertama dilakukan untuk merawat plantar fasciitis. Jika rawatan ini tidak berkesan, suntikan kortikosteroid terus kepada ligamen mungkin membantu.

RAWATAN PLANTAR FASCIITIS TANPA PEMBEDAHAN

FISIOTERAPI

-fisioterapi merupakan salah satu kunci kepada rawatan plantar fasciitis. Rawatan ini dapat membantu meregangkan plantar fascia dan tendon achilles. Fisioterapis juga akan memberi senaman bagi menguatkan otot bahagian kaki, bagi menambah kestabilan ketika berjalan dan mengurangkan bebanan pada planta fascia anda.



TERAPI SHOCK WAVE

- jika sakit masih berterusan, doktor mungkin mencadangkan terapi shock wave. Terapi ini, gelombang bunyi akan dikenakan dibahagian tapak kaki bagi menggalakkan proses pemulihan di bahagian ligamen. Antara kesan sampingan rawatan ini termasuklah :

  • Lebam
  • Bengkak
  • Sakit
  • Kebas


SENAMAN REGANGAN

- senaman regangan lembut boleh melegakan dan mencegah plantar fasciitis. Regangan pada otot betis dan plantar fascia membantu melonggarkan otot serta mengurangkan sakit di bahagian tumit. Adalah penting juga bagi pesakit untuk mengambil waktu berehat dari senaman tertentu, seperti berlari, hal ini kerana ingin memberi masa pada plantar fascia untuk sembuh. Berenang dan senaman yang kurang impak boleh dilakukan tanpa menambah kesakitan pada tumit anda. Jika anda mula berlari semula, pastikan mula dengan perlahan sedikit demi sedikit.

Jika rawatan dirumah serta rawatan tanpa pembedahan tidak dapat membantu merawat masalah plantar fasciitis ini. Rawatan seterusnya pesakit mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan pembedahan bagi menyelesaikan masalah kesakitan ini.

BERAPA LAMA MASA PEMULIHAN PLANTAR FASCIITIS

Bagi kebanyakan pesakit, kondisi ini beransur pulih dalam masa beberapa bulan melalui rawatan di rumah.

CARA MENCEGAH PLANTAR FASCIITIS

  • Melakukan perubahan cara hidup mungkin bantu mencegah plantar fasciitis. Menggunakan kasut yang yang mempunyai sokongan pada lengkungan kaki serta menukar kasut larian anda secara berkala. Jika anda merupakan pelari lumba, larian 400-500 batu adalah limit bagi setiap pasang kasut larian.
  • Menukar kepada senaman renda impak seperti berenang atau berbasikal. Elakkan terlebih menggunkan plantar fascia anda dengan berlari terlalu kerap.
  • Melakukan regangan pada betis, tendon achilles dan plantar fascia sebelum melakukan senaman.
  • Mengekalkan berat yang sihat. Jika berat anda berlebihan, cuba kurangkan berat badan bagi membantu mengurangkan tekanan pada plantar fascia.

PERBEZAAN ANTARA PLANTAR FASCIITIS DAN TAJI TUMIT (HEEL SPUR)

Taji tumit merupakan secangkuk tulang yang terhasil dari tulang tumit atau tulang calcaneus dibahagian kaki. Seperti plantar fasciitis, ianya boleh berlaku hasil dari tekanan yang berterusan pada kaki. Pakar ortopedik serta pakar sakit kaki boleh mendiagnosis taji tumit dengan melakukan xray.

Ramai yang beranggapan sakit kaki disebabkan taji tumit, namun hal ini tidak benar. Taji tumit selalunya tiada gejala.

  • Taji tumit berkongsi punca yang sama seperti plantar fasciitis, antara nya ialah :
  • Memakai kasut yang tidak menyokong struktur kaki atau kasut yang haus
  • Berat badan berlebihan
  • Artritis
  • Cara berjalan yang tidak natural atau tidak betul

Penghidap plantar fasciitis berkemungkinan membentuk taji tumit. Walaubagaimanapun, taji tumit tidak sembuh tanpa pembedahan, tetapi keadaan ini tidak mendatangkan kesakitan atau gejala yang lain. Maka rawatan pembedahan tidak juga diperlukan.

Taji tumit boleh dirawat sama seperti rawatan dirumah sebagaimana sakit plantar fasciitis. Rehat, ais dan ubat tahan sakit serta sokongan dalam kasut boleh mengurangkan gejala. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.

 

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN