KEKEJANGAN OTOT LEHER (NECK SPASM)

 

KEKEJANGAN LEHER


            Kekejangan leher atau lebih mudah difahami adalah penguncupan otot bahagian leher secara tiba-tiba. Keadaan ini sangat menyakitkan, dan berpunca dari pelbagai sebab antara nya daripada pelbagai saraf atau masalah berkaitan tulang belakang bahagian cervikal.

Masalah ini tidaklah melibatkan masalah kesihatan yang serius, walaubagaimanapun ianya boleh menjadi petanda kepada masalah yang terselindung atau meyebabkan masalah kesihatan. Dalam beberapa kes, kekejangan otot leher ini boleh membawa kepada kesakitan kronik, iaitu kesakitan yang melebihi 6 bulan ke setahun. Sesetengah kes kekejangan otot leher ini membuatkan pesakit mengalami kesusahan menggerakkan kepala menoleh kearah sisi.

Kesakitan yang dibawa oleh kekejangan otot leher ini boleh berakhir dalam beberapa hari ke beberapa minggu, bergantung kepada tahap serius kekejangan. Pesakit mungkin memerlukan perubahan kepada beberapa pergerakan atau aktiviti yang menyebabkan lebih sakit. Provokasi kearah kekejangan leher ini akan memanjangkan proses pemulihan dan menyebabkan anda berasa tidak selesa.

  

PUNCA KEKEJANGAN LEHER


Beberapa punca dapat dikaitkan berlaku nya kekejangan leher, antaranya

l  Kelemahan postur - membongkok atau menyengetkan kepala

l  Membawa barang berat pada bahu - contoh seperti beg

l  Barang berat - angkat objek berat pada 1 atau kedua-dua belah tangan

l  Posisi tidak natural - keadaan leher berada dalam posisi pelik utk jangka masa yang lama. Contoh seperti memegang telefon menggunakan bahu dan tidur dalam posisi yang pelik.

l  Tekanan emosi - kajian menunjukkan tekanan boleh memberi impak pada leher dan bahu

l  Terlebih guna - terlebih guna otot leher yang sudah pon ketat atau cedera boleh membawa kepada kekejangan

l  Sakit kepala - kadang kala sakit kepala membawa kepada sakit leher

l  Kurang air - kurang air boleh menyebabkan kekejangan otot leher

l  Cervical Spondylosis - degeneratif pada tulang belakang bahagian leher

l  Whiplash - kecederaan hasil dari terhenti secara tiba-tiba dan meyebabkan kepala seseorang terkebelakang atau terkehadapan dari badan

l  Bekerja dihadapan komputer - penggunaan komputer pada jangka masa yang lama boleh menyebabkan sakit kepada leher termasuk ketat dan kejang.

l  Penyakit degeneratif pada cakera - lapisan luar cakera mengering dan menipis

l  Cakera hernia - cecair di dalam cakera tulang belakang keluar melalui cakera yang kering menyebabkan tekanan pada ruang terowong tulang belakang

 

GEJALA KEKEJANGAN LEHER


Rasa sakit atau pelbagai rasa yang anda rasai ketika kekejangan otot leher boleh menyebabkan rasa terkejut dan rasa lemah. Namun begitu setiap orang tidak melalui rasa yang sama, bergantung kepada punca sakit leher. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa gejala tipikal kekejangan otot leher.

Maksud kekejangan itu sendiri adalah tiba-tiba, kuat, dan pengecutan otot diluar kawalan. Kebanyakkan kes, leher berasa ketat dan ketulan di sepanjang pengecutan otot. Disini disenaraikan beberapa gejala biasa kekejangan otot leher:

l  Lenguh otot - otot tersebut dan disekeliling yang terlibat berasa sengal dan ada ketulan yang sakit apabila disentuh.

l  Kekakuan (Stifness) - otot leher ketat dan sukar menggerakkan leher

l  Sakit saraf - sakit di leher mungkin merebak kepada tangan atau lebih teruk ke kaki. Sesetengah pesakit melaporkan rasa mencucuk di tangan, ada yang merasai panas seperti terbakar atau kebas. Sakit saraf biasanya lebih teruk ketika waktu malam

l  Sakit kepala - gejala ini sangat biasa bagi masalah sakit leher. Kebiasaan nya sakit leher ini rasa dibahagian belakang kepala dan merebak ke sisi kepala atau kehadapan kepala

l  Jurat pergerakkan berkurangan - pergerakan kepala terbatas dari sisi ke sisi atau tunduk dan pandang keatas.

l  Sendi terkunci - tidak dapat menggerakkan kepala kerana sendi terkunci dalam posisi tertentu

l  Cecair terkumpul - tekanan menyebabkan cecair terkumpul, lalu menyebabkan otot bersimpul dan menyakitkan

APA YANG ANDA BOLEH BUAT JIKA LEHER ANDA KEJANG?


l  Rehat - rehat yang cukup sangat penting apabila anda menrasai kekejangan leher. Otot leher menanggung berat kepala yang banyak apabila berdiri, jalan terbaik membantu mengurangkan kekejangan adalah, baring dan rehat.

l  Urut - peningkatan pengaliran darah sangat membantu mengawal kesakitan. Ramai terapis menyarankan beg panas atau mandi dengan air suam membantu melonggarkan otot

l  Tuam sejuk (ice pack) - meletakkan pek ais di bahagian leher menyebabkan salur darah sempit, apabila pek ais dialihkan, salur darah mengembang semula, hal ini membantu pengaliran darah dengan lebih baik ke bahagian sakit tersebut. 

CARA MENGELAKKAN KEKEJANGAN OTOT LEHER


l  Berehat seketika 5-10 minit, daripada melihat pada gadjet

l  Laras komputer/komputer riba anda kepada ketinggian yang sesuai

l  Penggunaan kerusi yang sesuai untuk postur anda

l  Senaman yang membantu perbaik posture serta regangan untuk leher anda

l  Melakukan senaman regangan pada otot leher sebaik merasai sakit yang sedikit sedikit pada leher

l  Penggunaan bantal yang sesuai

 

BILAKAH PETANDA UNTUK ANDA BERTEMU DOKTOR?


            Dalam sesetengah kes, leher yang ketat dan kekejangan otot leher boleh jadi petanda kepada masalah kesihatan yang serius, seperti jangkitan kuman kepada lapisan otak (meningitis). Gejala meningitis adalah demam tinggi secara tiba-tiba, menggigil, kekakuan pada leher dan kesam lebam keunguan. Jika gejala ini timbul, anda perlu segera bertemu doktor.

            Jika kekejangan otot leher dan sakit berpanjangan selama seminggu, anda patut berjumpa doktor juga. Apabila seseorang merasai kekejangan otot leher, tidak semestinya memerlukan perhatian medikal. Ada sesetengah pesakit mengalami sekali atau dua kali kekejangan namun mereka berasa okay sahaja.

            Adapun begitu, jika anda merasai kekejangan yang teruk dan berpanjangan, penilaian dari pakar yang professional sangatlah digalakkan. Kekejangan yang tidak dirawat, boleh menyebabkan masalah leher berpanjangan. Sakit kronik sangat susah untuk dirawat dan boleh memberi impak negatif pada gaya hidup kita. Semoga perkongsian ini membantu anda menjaga postur atau mencari rawatan yang bersesuaian untuk masalah yang anda alami. Jangan lupa kongsi kan bersama-sama rakan terdekat. terima kasih 😉

           

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN