GLOBAL DEVELOPMENT DELAY (GDD) - LEWAT PERKEMBANGAN

            Masalah lewat perkembangan ini merupakan antara salah satu kebimbangan setiap ibu bapa. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda mengetahui pilihan rawatan untuk masalah ini, serta masalah ini tidak meramal kecerdasan anak-anak dimasa hadapan. Setiap anak membesar dan belajar sesuatu pada tahap yang berbeza-beza, penting untuk anda juga mengetahui cara untuk bantu mereka mencapai potensi mereka ke tahap maksimum.


            Masalah lewat perkembangan merujuk kepada anak yang tidak mencapai kemahiran perkembangan yang dijangka pada umur yang sepatutnya. Kelewatan boleh berlaku dibahagian fungsi motor, percakapan dan bahasa, kognitif, bermain dan kemahiran sosial. Kelewatan perkembangan global bermaksud anak kecil yang mengalami kelewatan yang ketara di dua atau lebih pada bidang perkembangan ini.

PUNCA KELEWATAN PERKEMBANGAN

Tidak ada satu pun punca kelewatan perkembangan. Tetapi faktor yang mungkin menyumbang boleh berlaku sebelum kelahiran, semasa proses kelahiran dan selepas kelahiran. Hal ini termasuklah :

l  Keadaan genetik ataupun keturunan seperti down sindrom



l  Masalah metabolik seperti Phenylketonuria (PKU)

l  Trauma kepada otak seperti sindrom goncang bayi (shaken baby syndrome)



l  Trauma psikososial yang teruk seperti gangguan tekanan selepas trauma

l  Terdedah kepada bahan toksik tertentu seperti minum alkohol sebelum mengandung atau keracunan plumbum

l  Beberapa jangkitan serius

l  Kekurangan makanan atau persekitaran

 Dalam sesetengah kes, mungkin mustahil untuk mencari punca kelewatan perkembangan.        

TANDA DAN GEJALA KELEWATAN PERKEMBANGAN

            Ada pelbagai jenis tanda dan gejala kelewatan yang dapat dikenalpasti bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ini. Namun begitu, gejala ini berbeza-beza bergantung kepada karekter yang spesifik. Kadang kala tanda-tanda dapat dilihat ketika fasa bayi, ada juga yang hanya dapat dikesan apabila kanak-kanak sudah mencapai umur persekolahan. Antara gejala biasa meliputi:

l  Pembelajaran dan perkembangan lebih perlahan dari kanak-kanak sebaya

l  Meniarap, duduk, merangkak atau berjalan lebih lewat berbanding perkembangan yang sepatutnya

l  Kesukaran berkomunikasi atau bergaul dengan orang disekitarnya

l  Ujian IQ yang lebih rendah dari markah biasa

l  Kesukaran bercakap atau lambat bercakap

l  Kesukaran mengingati sesuatu

l  Tidak dapat mengaitkan perbuatan dan akibatnya

l  Kesukaran menyelesaikan masalah atau pemikiran logik

l  Masalah pembelajaran disekolah

l  Kesukaran melakukan aktiviti harian seperti memakai pakaian atau menggunakan tandas tanpa bantuan

Jika ada masalah kesihatan yang tidak dirawat menyebabkan kelewatan perkembangan, mengesan dan merawat masalah kesihatan itu mungkin dapat membantu kemahiran perkembangan kanak-kanak tersebut

TERAPI BAGI KELEWATAN PERKEMBANGAN

Walaupun tidak ada ubat untuk kelewatan perkembangan, terapi yang khusus kepada bidang yang bermasalah sangat berkesan bagi membantu kanak-kanak yang terlibat bagi mengejar perkembangan semasa rakan sebaya. Antara terapinya melibatkan:

l  Fisioterapi - fisioterapi sangat membantu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan kemahiran motor kasar. Contohnya seperti lambat meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan

l  Terapi Cara Kerja - terapi ini membantu kemahiran motor halus, pemprosessan deria, dan bantuan diri seperti pakai baju.

l  Terapi pertuturan dan bahasa - terapi ini membantu masalah di bidang pemahaman dan menghasilkan bahasa dan bunyi pertuturan

l  Pendidikan khas awal kanak-kanak - terapi ini menyediakan ransangan untuk kemahiran perkembangan awal, termasuk kemahiran bermain

l  Terapi tingkah laku - terapi ini mungkin diperlukan sesetengah kanak-kanak untuk masalah tingkah laku yang menjejaskan tingkah laku yang sesuai dari segi sosial

            Semoga perkongsian ini serba sedikit memberikan pencerahan kepada anda yang mengalami masalah ini. Segera dapatkan rawatan yang bersesuaian atau rujuk doktor untuk maklumat yang lebih lanjut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN