CTEV (CONGENITAL TALIPES EQUINOVARUS) A.K.A CLUB FOOT
CTEV
(CONGENITAL TALIPES EQUINOVARUS)
CTEV atau congenital talipes
equinovarus merupakan keadaan dimana pergelangan kaki bayi terpusing kedalam,
boleh jadi sebelah atau kedua-dua belah kaki. Terdapat 2 jenis CTEV.
CTEV POSTUR
Abnormaliti pada kaki melibatkan ketidak seimbangan otot dan/atau ketat pada otot. Kebiasaannya tidak melibatkan tulang atau sendi.
CTEV
STRUKTUR
·
Abnormaliti
yang melibatkan tulang dan sendi pada kaki, dimana kaki kanak-kanak tersebut
tidak dapat digerakkan secara pasif mengikut julat pergerakan normal
TANDA
DAN GEJALA CTEV
Untuk
mengetahui adakah anak kecil anda mempunyai masalah CTEV, ini adalah
tanda-tanda yang perlu anda perhatikan :
- ·
Telapak
kaki menghadap kedalam
- · Ketat
pada otot betis
- · Kurang julat pergerakkan pada sendi pergerlangan kaki bagi kanak-kanak yang memiliki CTEV postural
PUNCA
CTEV
Punca berlakunya CTEV struktur tidak dapat diketahui, tetapi ianya
kemungkinan dari kombinasi dari genetik dan persekitaran. Sementara itu, CTEV
postur pula boleh berlaku kerana ‘packing disorder’ keadaan bilamana bayi yang
dilahirkan berat lebih 4kg ketika lahir dan kurangnya cecair (air ketuban)
disekeliling bayi.
KOMPLIKASI CTEV
CTEV tidak menyebabkan komplikasi sehinggalah anak anda mula berdiri dan
berjalan. Sedikit kepayahan bakal dihadapi oleh kanak-kanak yang menghidap CTEV
adalah:
l
Terbatas pergerakan
l
Corak berjalan yang tidak normal
l
Sakit dibahagian kaki kerana posisi kaki yang abnormal
Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan, ianya boleh menyebabkan
masalah yang serius seperti artritis (radang sendi), kurang keyakinan diri dan
luka tekanan atau bahagian kulit keras yang timbul kerana corak berjalan yang
tidak normal.
Sebelum rawatan, doktor akan melakukan penilaian ortopedik untuk
memastikan jenis CTEV yang dihidapi anak anda.
CTEV postur - selalunya hilang dengan sendiri, walaubagaimanapun
sesetengah kes, pendekatan fisioterapi untuk regangan dan ransangan untuk
bahagian kaki itu diperlukan.
CTEV struktur - casting
(simen) secara berkala dan manipulasi dengan pembedahan kecil mungkin
diperlukan
Comments
Post a Comment