TERAPI MANUAL?

 PENGENALAN MANUAL TERAPI

Terapi manual adalah istilah yang digunakan dalam pelbagai bentuk terapi yang mediumnya menggunakan tangan. Walaupon berkemungkinan setiap individu mempunyai pandangan sendiri mengenai terapi manual,ia sebenarnya adalah istilah yang meluas yang merangkumi pelbagai bentuk rawatan. Artikel ini bagaimanapun akan membincangkan mengenai terapi manual yang digunakan oleh fisioterapis serta teknik dan hasil daripadanya.


APA ITU MANUAL TERAPI?      

Pelbagai definisi serta tanggapan yang salah mengenai terapi manual. Definisi sebenar terapi manual adalah sebarang bentuk rawatan tangan dari seorang ahli fisioterapi yang terlatih. Teknik manual ini adalah teknik yang berkesan jika digunakan dengan betul. Pelbagai teknik manual yang digunakan oleh fisioterapis didalam penilaian dan rawatan, antaranya :

l  Active Assisted Range of Motion (AAROM) : teknik ini dimana pesakit menggerakkan sendi yang terlibat dijulat yang termampu, dan fisioterapis membantu menggerakkan lebih sedikit kepada julat yang normal mengikut ketahanan pesakit.



l  Passive Range of Motion (PROM) : Fisioterapis menggerakkan sendi pesakit melalui julat pergerakkan tanpa bantuan dari pesakit



l  Passive Stretching (Regangan) : Fisioterapis membantu pesakit membuat regangan kepada otot yang terlibat, dan menahan pergerakkan dalam beberapa saat.



l  Soft Tissue Massage (Urutan kepada tisu lembut) : Manipulasi kepada tisu lembut iaitu otot, tendon, ligamen dan fasia melalui sentuhan fizikal menggunakkan tangan, lengan dan siku. Fisioterapis memberikan tekanan dan kedalaman yang berbeza kepada tisu yang terlibat



l  Manual Traction (Tarikan Manual) : fisioterapis memberikan daya tarikan kepada sendi terlibat untuk mengurangkan tekanan atau memberikan bukaan kepada ruang antara sendi



l  Joint Mobilizations (Pergerakkan kepada sendi) : pergerakkan secara khusus kepada sesuatu sendi terlibat kepada pergerakan sendi melalui halaju dan tekanan yang berbeza.


l  Instrument Assisted Soft Tissue Mobilization (IASTM) : fisioterapis menggunakan alatan (bola, kayu urut, foam) untuk melegakan sekatan antara tisu lembut

l  Trigger point release : Trigger point adalah ketulan yang boleh dipegang terjadi apabila otot bersimpul. Teknik ini fisioterapis akan memberikan tekanan kepada simpulan bagi melegakan atau membuang ketulan ini



l  Myofascial Release Technique (MFR) : tekanan yang konsisten kepada kekangan di fasia otot



TUJUAN MANUAL TERAPI

Terapi manual mempunyai tempat dan masa dalam penilaian dan rawatan fisioterapis, ianya bergantung kepada simptom pesakit dan pencapaian yang ingin dicapai oleh dua pihak. Teknik ini mungkin digunakan satu atau lebih didalam satu sesi rawatan. Apabila seorang fisioterapis menggunkan teknik manual, antara gol yang ingin dicapai adalah :

l  Mengurangkan dan/atau mengurus kesakitan

l  Menaikkan julat pergerakkan sesuatu sendi

l  Melonggarkan otot

l  Menambah keanjalan sesuatu otot

l  Mengurangkan radang kepada tisu lembut

l  Menggerakkan sesuatu sendi

l  Mengurangkan sekatan kepada pergerakkan

Melalui penilaian yang teliti bagi mendapatkan punca dan keadaan masalah pesakit, fisioterapis dapat menentukan teknik yang mana akan digunakan. Matlamat utama adalah, meningkatkan fungsi anggota yang terlibat seseorang pesakit melalui penggunaan terapi manual.

KEBERKESANAN TERAPI MANUAL

            Pelbagai kontroversi tentang keberkesanan terapi manual. Bagi setiap kajianm yang menunjukkan keberkesanan sesuatu teknik ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya bagi pesakit yang sama keadaannya.

            Perbezaan dalam setiap kajian menunjukkan perbezaan antara fisioterapis, teknik yang digunakan, pesakit yang dirawat dan keadaan mereka. Terapi manual bukan lah satu teknik standard yang sesuai bagi semua keadaan.Fisioterapis perlu menilai lebih mendalam dan teliti bagi menentukan teknik mana yang lebih berkesan untuk digunakan.

            Terdapat banyak faedah dari terapi manual, walaubagaimanapun, ianya tidak untuk semua pesakit. Rawatan fisioterapi yang berkesan menggunakan terapi manual perlu ada gabungan dari segi pendidikan kepada pesakit mengenai kondisi mereka, pergerakkan dan senaman yang membantu dalam proses pemulihan.

            Untuk lebih faham, anda boleh rasai sendiri pengalaman manual terapi di klinik kami. Di Physio Hero, kami menggunakkan 90% teknik-teknik dari manual terapi, rawatan diberikan oleh ahli fisioterapi yang bertauliah dan terlatih. Terapi manual juga membolehkan anda menjalani sesi rawatan 1:1 selama 1 jam atau 1jam 15minit bersama terapis, bagi mengelakkan anda menunggu lama, dapatkan temujanji anda sebelum hadir ke klinik ya 😀

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN