SINDROM LEVATOR SCAPULAE

 

SINDROM LEVATOR SCAPULAE

PENGENALAN : Sindrom levator scapulae merupakan nama bagi “kesakitan dibahagian atas sudut tengah tulang skapula” atau lebih dikenali sebagai tulang kepak. Sakit dibahagian ini merupakan antara sakit yang biasa pesakit nyatakan. Memahami otot ini membantu anda mencegah dan merawat sindrom levator scapulae ini

 

ANATOMY :

l  Otot levator scapulae terletak di kedua-dua bahagian leher.

FUNGSI :

l  Membantu pergerakan menaikkan bahu dan memusingkan skapula kebawah

l  Apabila kedua-dua belah otot ini bergerak, ia membantu membuat peregrakkan leher kebelakang (mendongak kan kepala)

l  Ianya juga membantu mengekalkan kestabilan kepala apabila menunduk kebawah

l  Otot ini juga membantu pergerakan toleh ke kiri dan kanan serta pergerakan senget kan kepala ke kiri dan ke kanan (peregerakkan rapatkan telinga ke bahu)

l  Otot ini menerima maklumat/arahan dari saraf yang datang dari bahagian tulang belakang cervical

TANDA DAN GEJALA


Kesakitan ini akan membawa kepada :

l  Sakit/lenguh yang dalam dan/atau ketat di sepanjang bahagian atas bahu atau leher.

l   Sakit leher dan pergerakan yang terbatas : kesakitan apabila mengerakkan leher sedikit atau sepenuhnya atau mengangkat leher semasa dalam keadaan baring. Sesetangah pesakit perlu menggunakan tangan untuk menyokong bahagian leher apabila bangun dari bantal

l  Sakit leher yang membawa sampai kepala dan menyebabkan sakit kepala

l  Sakit di bahahgian belikat dan diantara kedua belikat

l  Posisi bahu yang terangkat sebelah, boleh dilihat dari belakang

PUNCA SINDROM LEVATOR SCAPULAE

Berdasarkan penerangan diatas, anda sudah dapat membayangkan pergerakkan yang dibuat oleh otot levator scapula ini. Otot ini bekerja dengan banyak setiap hari, sindrom ini berlaku bermakna otot itu rengsa dan radang, dan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk serta menghalang pergerakan. Sesetengah pesakit kronik dari keadaan ini terpaksa melupakan aktiviti kesukaan mereka memandangkan kesakitan ini menganggu pergerakan mereka. Antara punca-punca yang meyebabkan kesakitan pada otot ini adalah :

l  Bekerja dihadapan komputer dengan posisi kepala yang pelik

l  Tekanan emosi/mental

l  Membawa beg bertali dibahu yang berat

l  Otot terdedah kepada cuaca sejuk dari kipas dan pengdingin hawa

l  Memegang telefon dari telinga ke bahu dalan jangka masa yang lama

l  Tidur meniarap dengan posisi leher yang memaling ke satu bahagian

l  Postur leher kehadapan

l  Tulang belakang bahagian leher yang kurang berfungsi

l  Pergerakkan tangan yang berulang seperti berenang, membaling atau sukan menggunakan raket

          Punca sindrom ini boleh berlaku dari ketegangan setiap hari, peningkatan ketegangan berlaku dalam pergerakan otot dalam jangka masa yang lama. Jika ketegangan dibiarkan tanpa rawatan ianya boleh menyebabkan kurang julat pergerakan pada leher, bahu, dan lengan dan boleh juga menyebabkan sakit kepala.

          Jika anda terlebih guna otot ini, ianya akan memberi amaran kepada anda. Anda akan mengalami kesukaran menoleh tanpa rasa sakit. Hal ini banyak berlaku kepada pesakit yang datang dengan aduan ketat serta sakit di bahagian leher. Sindrom ini boleh dirawat melalui rawatan fisioterapi, sama ada menggunakan terapi elektrik atau terapi manual. Jika anda mempunyai simptom atau masalah diatas, segera dapatkan rawatan yang bersesuaian sebelum masalah ini bertambah rumit dan proses pemulihan menjadi lebih lama. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

 

         

 

 

Comments

Popular posts from this blog

APA PUNCA SAKIT LEHER?

SCOLIOSIS

PUASA DAN SENAMAN