APA ITU FISIOTERAPI?
APA
ITU FISIOTERAPI?
- jurupulih perubatan anggota yang membantu memulihkan pergerakkan dan
fungsi apabila seseorang mengalami kecederaan, kesakitan dan ketidakupayaan.
-jurupulih perubatan anggota juga boleh membantu mengurangkan risiko kecedaraan atau kesakitan yang boleh berlaku di masa hadapan.
BILAKAH MASA ANDA
MEMERLUKAN RAWATAN FISIOTERAPI?
Rawatan fisioterapi sangat membantu kepada orang awam dari pelbagai
lapisan umur masyarakat, ia nya meliputi pelbagai kondisi kesihatan, termasuklah
masalah yang melibatkan:
·
Tulang, sendi dan tisu lembut: seperti sakit pinggang,
sakit leher, sakit bahu dan kecederaan sukan
·
Otak atau system saraf: seperti masalah pergerakkan
anggota badan kesan dari stroke, Multiple Sclerosis (MS) atau Parkinson’s
Disease
·
Jantung dan peredaran – pemulihan selepas serangan
jantung / pembedahan jantung
·
Paru-paru dan pernafasan – seperti Chronic Obsessive
Pulmonary Disease (COPD) dan Cycstic fibrosis
Rawatan fisioterapi boleh meningkatkan aktiviti fizikal anda sambal
membantu mengelakkan kecederaan selanjutnya.
FISIOTERAPIS
Rawatan fisioterapi disampaikan oleh pengamal terlatih secara khusus dan
terkawal yang dipanggil fisioterapis. Ahli fisioterapi bekerja sebagai
sebahagian daripada pasukan perubatan pelbagai disiplin dalam pelbagai arena
seperti:
·
Hospital
·
Pusat kesihatan masyarakat atau klinik
·
Beberapa pasukan sukan, kelab, badan amal dan tempat
kerja
·
Persendirian – menawarkan rawatan rumah ke rumah
PERANAN
FISIOTERAPIS
Fisioterapis memandang fungsi badan secara menyeluruh, tidak hanya
menumpukan aspek kecederaan atau penyakit seseorang individu. Antara pendekatan
yang digunakan seorang fisioterapis adalah:
·
Nasihat dan pengetahuan: seorang fisioterapis boleh
memberi nasihat serta pengetahuan umum mengenai perkara yang menjejaskan
kehidupan seharian anda, seperti postur dan teknik mengangkat atau membawa
barang yang betul untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan
·
Pergerakan, senaman bersesuaian dan nasihat aktiviti
fizikal: fisioterapis akan memberi senaman yang bersesuaian membantu pemulihan
dan pergerakkan, serta menambah kekuatan kepada anggota tercedera.
·
Terapi manual: Fisioterapis menggunakan pelbagai
teknik dengan tangan bagi membantu melegakan kesakitan dan kekakuan (ketat),
dan mendorong pergerakkan badan yang lebih baik
Pelbagai lagi teknik yang boleh digunakan oleh fisioterapis, seperti
senaman didalam air atau hidroterapi/terapi akuatik, akupunktur dan banyak
lagi.
Comments
Post a Comment