ANDA SAKIT LEHER?
PENGENALAN
Sakit
leher merupakan salah satu sebab utama pesakit menemui doktor. Kesakitan di
leher tidak bermula dari satu kecederaan, akan tetapi masalah selalunya berlaku
dari masa ke masa kesan dari tekanan dan ketegangan aktiviti harian.
Pendedahan mengenai struktur serta fungsi leher dan bagaimana kesakitan boleh berlaku sangat membantu dalam mengendalikan masalah sakit leher anda. Anda akan kurang risau dan lebih berpuas hati dengan rawatan sekiranya mereka memperoleh maklumat yang diperlukan bagi membuat keputusan terbaik berkenaan kondisi anda. Mari berkenalan serba sedikit mengenai struktur tulang belakang anda.
ANATOMI
Tulang
belakang manusia terdiri daripada 24 tulang-tulang kecil yang dipanggil
vertebra. Setiap vertebra bertindan diatas satu sama lain membentuk ruang
tulang belakang (spinal column). Ruang tulang belakang merupakan bahagian utama
badan manusia di sebelah atas.
Tulang
leher atau cervical spine terdiri daripada 7 vertebra, doktor melabel vertebra
dibahagian ini sebagai C1 – C7. Tulang cervical yang paling atas bermula dengan
C1 bersambung dengan tulang tengkorak. Tulang leher ini melengkung kedalam dan
berakhir dengan C7 yang bersambung dengan tulang belakang dibahagian torasik.
Disini lah bahagian dada bermula.
Setiap vertebra terdiri dari bentuk tulang yang bulat
dipanggil badan vertebra. Sebentuk tulang berupa cincin melekat dibelakang
badan vertebra, apabila vertebra bertindan diatas satu sama lain cincin tulang
membentuk laluan berupa saluran paip. Saluran tulang ini merupakan pelindung
kepada saraf tunjang yang melaluinya. Seperti tengkorak melindungi otak, tulang
dari lajur tulang belakang melindungi saraf tunjang.
Apabila saraf tunjang bergerak dari otak kebawah melalui
tulang belakang, ia menghantar cawangan saraf antara setiap vertebra yang
dipanggil akar saraf. Akar saraf ini bergabung untuk membentuk saraf yang
bergerak ke seluruh tubuh badan dan membentuk system elektrik badan. Akar saraf
yang keluar dari bahagian tulang leher atau cervical membentuk saraf ke lengan
dan tangan. Saraf thorasik pergi kebahagian abdomen dan dada. Saraf yang keluar
melalui tulang pinggang atau tulang lumbar pergi kepada organ di pelvis, kedua
belah kaki serta tapak kaki.
Satu cara untuk memhami tulang leher
adalah dengan melihat segmen tulang belakang. Disetiap segmen tulang belakang
melibatkan dua tulang belakang dipisahkan antara cakera intervertebral
(intervertebral disc). Saraf yang meninggalkan saraf tunjang pada peringkat
tersebut, dan sendi faset kecil merupakan sendi yang menghubungkan setiap
tulang belakang ke tulang yang dibawah dan atas nya.
Untuk Bahasa yang lebih mudah
memahami struktur tulang belakang, bayangkan sebuah tangki air yang besar yang
berada ditempat yang tinggi dan satu paip yang besar bersambung dari tangki
tersebut menuruni sebuah lorong 24 tingkat. Disetiap lapisan lorong mempunyai
saluran-saluran paip yang kecil yang akan menyalurkan air di setiap rumah yang
berada di tingkat tersebut.
Cakera intervertebral dihasilkan
daripada tisu penghubung. Tisu penghubung adalah bahan yang memegang sel-sel
hidup melekat bersama-sama. Kebanyakkan tisu penghubung diperbuat daripada
gentian bahan yang dipanggil kolagen. Dalam sesetengah kes, gentian kolagen
bergabung membentuk struktur seperti tali. Dalam kes yang berlainan, gentian
disusun seperti sehelai kain atau bahan rajutan seperti baju sejuk berkait.
Cakera merupakan struktur tisu penghubung yang memisahkan 2 badan vertebra di
dalam lajur tulang belakang. Tugas biasa cakera adelah menyerap hentakan, ia
juga melindungi tulang belakang dari tarikan gravity setiap waktu. Selain itu,
cakera juga melindungi tulang belakang dari aktiviti yang berdaya kuat seperti
melompat, berlari dan mengangkat berat.
Cakera intervertebral terdiri
daripada dua struktur. Bahagian tengah dipanggil ‘nucleus’, ianya bertekstur
seperti span dan merupakan struktur utama yang menyerap hentakan. ‘Nucleus’
pula dipegang oleh ‘annulus’ yang merupakan ligamen kuat berbentuk cincin
meliliti ‘nucleus’. Ligamen pula adalah tisu penghubung yang kuat yang
meyambung tulang dengan tulang yang lain. Bahasa mudah memahami struktur cakera
intervertebral adalah seperti sebentuk donut yang ada jem ditengah-tengahnya,
donut mewakili ‘annulus’. Jem pula mewakili ‘nucleus’.
Disetiap vertebra mempunyai sepasang
sendi facet dibahagian sisi nya. Sendi facet terdiri daripada tulang berbentuk
tombol melajur kebawah di sepanjang tulang belakang. Disetiap pertemuan
tombol-tombol kecil ini membentuk sendi yang menghubungkan dua vertebra. Penjajaran
seni faset di tulang leher (cervical spine) membolehkan kebebasan pergerakan
apabila kita menggerakkan leher kita.
Permukaan sendi faset diselaputi
oleh rawan artikular. Rawan artikular adalah merupakan bahan bergetah dan licin
yang melitupi hujung kebanyakkan sendi. Struktur in membenarkan pergerakan
antara tulang bergerak lancar tanpa bergesel antara satu sama lain, tanpa
sakit. Dua akar saraf keluar melalui segmen tulang belakang, satu disebelah
kanan, dan satu disebelah kiri. Apabila akar saraf bercambah dari saraf tunjang
mereka melalui ruang tulang yang kecil seperti terowong di setiap sebelah
vertebra dipanggil ‘neural foramen’.
Begitulah serba sedikit mengenai
struktur leher anda serta fungsi-fungsi struktur tersebut. Di dalam entri
berlainan kami akan menerangkan punca-punca bagaimana bahagian ini boleh
mendapat kecederaan. Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment