Posts

SCOLIOSIS

Image
Scoliosis merupakan lengkungan tulang belakang ke sisi. Setiap orang mempunyai lengkungan yang normal pada tulang belakang, dan apabila dilihat dari arah belakang, tulang ini kelihatan lurus. Namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai scoliosis mempunya lengkungan tulang belakang yang tidak normal berbentuk seperti S atau C. lengkungan ini boleh berlaku dari mana-mana sisi, dan mana-mana struktur tulang belakang. Punca kepada scoliosis ini masih tidak dapat dikenal pasti. Bagi kebanyakkan kanak-kanak dan remaja, punca scoliosis adalah idiopatik. Ini bermaksud pakar penyelidik dan doktor tidak mengetahui punca. Walaubagaimanapun, mereka merasakan kombinasi beberapa faktor memainkan peranan bagi pertumbuhan penyakit ini. Doktor mendiagnosis scoliosis dengan cara memeriksa anak anda dan mengambil xray. Perkara ini membantu doktor merangka plan rawatan, bergantung kepada lokasi dan tahap serius lengkungan. Kanak-kanak atau remaja dengan lengkungan yang sederhana mungkin cuma...

FROZEN SHOULDER VS ADHESIVE CAPSULITIS?

Image
PENGENALAN Kebanyakkan orang dewasa (terutamanya Wanita) berumur lingkungan 40 ke 60 mengalami sakit bahu dan kekakuan yang disebabkan oleh keradangan ligamen/sendi atau adhesive capsulitis. Anda mungkin lebih biasa mendegar terma “frozen shoulder” bagi kondisi ini. Walaubagaimanapon, frozen shoulder dan adhesive capsulitis adalah dua keadaan yang berbeza. ANATOMI Struktur bahu terdiri dari 3 tulang : scapula (tulang berbentuk 3 segi di belakang bahu), humerus (tulang lengan) dan klavikel (tulang selangka). Kapsul sendi pula adalah kantung kedap air yang menutupi sendi dan cecair yang memandikan dan melincirkannya. Manakala dinding kapsul sendi terdiri daripada ligament. Ligament adalah tisu lembut penghubung yang melekatkan tulang kepada tulang. Kapsul sendi mempunyai sejumlah besar tisu kendur dan longgar, jadi pergerakkan bahu tidak terhad semasa ia bergerak melalui julat pergerakannya yang besar.    Istilah frozen shoulder dan adhesive capsulitis sering digunakan...

PUASA DAN SENAMAN

Image
  Bulan Ramadhan merupakan bulan puasa bagi umat islam, menahan diri dari makan dan minum dari terbit hingga terbenam matahari, setiap hari selama sebulan. Bulan ini merupakan bulan yang sangat sibuk bagi umat islam untuk rutin harian, beserta waktu solat dan juga berlumba-lumba mengejar fadhilat bulan Ramadhan. Walaupon begitu, kesihatan tubuh badan juga keperluan bagi kita untuk sentiasa sihat bagi mengerjakan amal ibadat. Bersenam atau aktiviti fizikal merupakan salah satu cara memastikan tubuh badan kekal sihat. Bagaimana pula waktu berpuasa? Senaman merupakan komponen penting bagi gaya hidup sihat. Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu mengawal berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetis (kencing manis), serta menguatkan tulang dan otot. Kadangkala, walaubagaimanapon, anda mungkin perlu melakukan senaman dengan berhati-hati. Terutamanya Ketika berpuasa. Adakah selamat untuk bersenam Ketika berpuasa? Secara umumnya, adalah tidak mengapa untuk melaku...

ADAKAH CUKUP PENGAMBILAN AIR SEHARIAN ANDA?

Image
  Tahukah anda air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen? Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Namun sebahagian besar daripada kita lebih gemar mengambil minuman bergula yang berkalori tinggi, serta tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian. Secara purata, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan tubuh badan.  Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. KEPENTINGAN MINUM AIR SECUKUPNYA 1. Membekalkan Tenaga Sepanjang Hari Aktviti harian sepeerti berjalan, bersenam dan berpeluh disebabkan cuaca dan sebaigainya, menjadi faktor tubuh kita kehilangan banyak cecair. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak ...