Posts

Showing posts from April, 2023

PUASA DAN SENAMAN

Image
  Bulan Ramadhan merupakan bulan puasa bagi umat islam, menahan diri dari makan dan minum dari terbit hingga terbenam matahari, setiap hari selama sebulan. Bulan ini merupakan bulan yang sangat sibuk bagi umat islam untuk rutin harian, beserta waktu solat dan juga berlumba-lumba mengejar fadhilat bulan Ramadhan. Walaupon begitu, kesihatan tubuh badan juga keperluan bagi kita untuk sentiasa sihat bagi mengerjakan amal ibadat. Bersenam atau aktiviti fizikal merupakan salah satu cara memastikan tubuh badan kekal sihat. Bagaimana pula waktu berpuasa? Senaman merupakan komponen penting bagi gaya hidup sihat. Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu mengawal berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetis (kencing manis), serta menguatkan tulang dan otot. Kadangkala, walaubagaimanapon, anda mungkin perlu melakukan senaman dengan berhati-hati. Terutamanya Ketika berpuasa. Adakah selamat untuk bersenam Ketika berpuasa? Secara umumnya, adalah tidak mengapa untuk melaku...

ADAKAH CUKUP PENGAMBILAN AIR SEHARIAN ANDA?

Image
  Tahukah anda air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen? Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Namun sebahagian besar daripada kita lebih gemar mengambil minuman bergula yang berkalori tinggi, serta tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian. Secara purata, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan tubuh badan.  Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. KEPENTINGAN MINUM AIR SECUKUPNYA 1. Membekalkan Tenaga Sepanjang Hari Aktviti harian sepeerti berjalan, bersenam dan berpeluh disebabkan cuaca dan sebaigainya, menjadi faktor tubuh kita kehilangan banyak cecair. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak ...