MAKAN SECARA SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Saban tahun setiap kali Ramadhan menjelma, apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Malah terdapat juga makanan yang hanya dijual sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke bazar Ramadhan. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut atau tidak. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa. KEPERLUAN MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN Amalan makan secara sihat perlu diterapkan setiap masa. Terutamanya semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan yang kerap dialami seperti sembelit, ketidakhad...